OUR SCHOOL

OUR SCHOOL
Sekolah Rendah Pengiran Setia Negara Pengiran Mohd Yusof, Seria
Contact number: 3226328

Email: srpsn_pmy@yahoo.com

Address:
Simpang 198-1, Lorong 3 Selatan Seria, KB 1333, Negara Brunei Darussalam


SCHOOL CALENDAR

javascript:void(0)

Wednesday 2 March 2011

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH

Isnin, 28 Februari 2011. Pihak sekolah telah mengadakan Sambutan Hari Kebangsaan sebagai salah satu usaha untuk menyemai dan menanamkan semangat patriotik dan cintai NBD di kalangan murid-murid.

Acara pada hari itu telah dimulakan dengan uapacara menaikkan bendera. Sekali lagi pihak sekolah telah memberikan mandat kepada pasukan beruniform, Pasukan Pengakap Tunas 3014, untuk menaikkan bendera Kebangsaan diikuti dengan nyanyian Lagu Kebangsaan NBD.

Wakil daripada Pasukan Pengakap 3014 menaikkan bendera kebangsaan

Nyanyian lagu kebangsaan

Pasukan Pengakap Tunas 3014
 
Seterusnya diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis, Cikgu Mizawati, PGB, dan juga doa yang dipimpin oleh Ustaz Azami.

Acara diteruskan dengan nyanyian koir daripada murid tahun 1 dan 3. Diikuti dengan bacaan sajak dan puisi oleh murid-murid sekolah ini. Manakala seorang wakil dari tahun 4 hingga tahun 6 telah dipilih untuk mengikuti pertandingan mencantum logo hari kebangsaan. Tidak ketinggalan juga sebuah drama yang berunsur kemerdekaan juga telah disampaiakn oleh murid-murid sekolah ini.

Murid Koir dari Tahun 3
Duratul Ain menyampaikan sebuah cerita

Sebuah sajak daripada Zarifah

Peserta bagi pertandingan Mencantumkan Logo

Drama lakonan murid Rendah Atas
Persembahan Koir

Acara diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang peraduan mewarna bendera NBD dan peraduan tulisan cantik oleh murid Pra hingga Tahun 3 dan pemenang bagi pertandingan mencantum logo.



Pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para tetamu dan juga murid-murid keranan telah menjayakan acara pada kali ini.
Posted on by SR PSN PMY, Lorong 3, Seria | No comments

0 comments:

Post a Comment