OUR SCHOOL

OUR SCHOOL
Sekolah Rendah Pengiran Setia Negara Pengiran Mohd Yusof, Seria
Contact number: 3226328

Email: srpsn_pmy@yahoo.com

Address:
Simpang 198-1, Lorong 3 Selatan Seria, KB 1333, Negara Brunei Darussalam


SCHOOL CALENDAR

javascript:void(0)

Sunday 13 March 2011

MAJLIS PERPISAHAN BAGI GURU-GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH YANG BERPINDAH/TAMAT PERKHIDMATAN (ANJUNG WARISAN) RESTAURANT)

Tarikh : 12 Mac 2011
Hari : Sabtu
Jam : 1.30 petang
Tempat : Anjung Warisan, Kuala Belait

Majlis perpisahan telah diadakan pada hari tersebut bagi meraikan guru-guru dan kakitangan sekolah yang telah berpindah dan bertugas di sekolah yang lain.


Seramai 5 orang guru telah diraikan iaitu:-


1. Cikgu Azlan bin Othman
2. Cikgu Yusmaida binti Hj Yunos
3. Cikgu Juliana anak Langkan
4. Cikgu Rosnah binti DMS Dian Muhd Simpok
5. Cikgu Norhaine binti Mohd Yusof


2 kaktitangan sekolah yang turut diraikan ialah:-

1. Khadijah binti Awg Bungso
2.Norhashimah binti Abdullah




The education of a man is never completed until he dies.
- Robert E. Lee
Posted on by SR PSN PMY, Lorong 3, Seria | No comments

Friday 11 March 2011

FINAL FOOTBALL MATCH (SR PSN PMY VS SR PSB SOAS)

Tarikh : 07 Mac 2011
Hari : Isnin
Jam : 3.00 petang
Tempat : Padang SMPW

Pada peringkat akhir perlawanan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait, Pasukan SR PSN PMY berlawanan dengan Pasukan Bolasepak SR Paduka SOAS, Kuala Belait. Walaupun tewas pada SR Paduka SOAS dengan jaringan 3 - 1, namun semangat yang ada pada pemain-pemain kecil ini sangat tinggi.

Pada babak pertama, pasukan sekolah mendahului dengan jaringan 1 - 0 tetapi tewas pada babak yang kedua apabila pihak lawan berjaya menjaringkan sebanyak 3 gol.
Pihak sekolah berasa bangga dengan pencapaian mereka pada hari itu kerana berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir. Ucapan tahniah untuk Pasukan Bola Sepak SR PSN PMY.

Wakil-wakil Pemain Pasukan Bola Sepak SR PSN Pg Md Yusof

"Great players are willing to give up their own personal achievement
for the achievement of the group. It enhances everybody."
- Kareem Abdul-Jabbar
Posted on by SR PSN PMY, Lorong 3, Seria | No comments

Sunday 6 March 2011

SEMI FINAL FOOTBALL MATCH (SR PSN PMY VS SR AT)

Hari : Sabtu
Tarikh : 05 Mac 2011
Masa : 3.30 petang
Tempat : Padang SM PW
Pasukan yang berlawan : SRPSNPMY vs SRAT

Alhamdulilah, pasukan sekolah berjaya memasuki pertandingan akhir Perlawanan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait. Perlawanan pada hari Sabtu di antara SR Ahmad Tajuddin dan SR PSN sangat-sangatlah sengit. Namun, atas usaha gigih pasukan sekolah, mereka berjaya juga mengalahkan pasukan SRAT dengan jaringan penalty 3 - 2.

Oleh itu, jangan lupa untuk menyaksikan perlawanan akhir perlawanan bola sepak Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait di antara SR PSN Pg Md Yusof dan SR Paduka SOAS pada hari Isnin, 07 Mac 2010 pada pukul 3.00 petang.

Sokonglah pasukan sekolah kitani.













"Give children encouragement,
they will gain confidence,
they will perform better. " 
- M. K. Soni
Posted on by SR PSN PMY, Lorong 3, Seria | No comments

Thursday 3 March 2011

FOOTBALL MATCH (SR PSN PMY VS SR LABI)

Hari : Selasa
Tarikh : 02 Mac 2011
Tempat : Padang Bola SM Perdana Wazir
Jam : 2.30 petang

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Sepak PSN kerana berjaya menundukkan pasukan lawan SR Labi sebanyak 5 - 0. Dengan jaringan tersebut, pasukan sekolah layak memasuki pusingan separuh akhir yang akan diadakan pada hari Sabtu ini.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Pada perlawanan sebelumnya iaitu pada hari Isnin, 28.02.2011. SR PSN menundukkan St John School dengan mata 4 gol berbalas 0. Tahniah juaga diucapkan kepada pasukan sekolah.
Posted on by SR PSN PMY, Lorong 3, Seria | No comments

Wednesday 2 March 2011

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH

Isnin, 28 Februari 2011. Pihak sekolah telah mengadakan Sambutan Hari Kebangsaan sebagai salah satu usaha untuk menyemai dan menanamkan semangat patriotik dan cintai NBD di kalangan murid-murid.

Acara pada hari itu telah dimulakan dengan uapacara menaikkan bendera. Sekali lagi pihak sekolah telah memberikan mandat kepada pasukan beruniform, Pasukan Pengakap Tunas 3014, untuk menaikkan bendera Kebangsaan diikuti dengan nyanyian Lagu Kebangsaan NBD.

Wakil daripada Pasukan Pengakap 3014 menaikkan bendera kebangsaan

Nyanyian lagu kebangsaan

Pasukan Pengakap Tunas 3014
 
Seterusnya diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis, Cikgu Mizawati, PGB, dan juga doa yang dipimpin oleh Ustaz Azami.

Acara diteruskan dengan nyanyian koir daripada murid tahun 1 dan 3. Diikuti dengan bacaan sajak dan puisi oleh murid-murid sekolah ini. Manakala seorang wakil dari tahun 4 hingga tahun 6 telah dipilih untuk mengikuti pertandingan mencantum logo hari kebangsaan. Tidak ketinggalan juga sebuah drama yang berunsur kemerdekaan juga telah disampaiakn oleh murid-murid sekolah ini.

Murid Koir dari Tahun 3
Duratul Ain menyampaikan sebuah cerita

Sebuah sajak daripada Zarifah

Peserta bagi pertandingan Mencantumkan Logo

Drama lakonan murid Rendah Atas
Persembahan Koir

Acara diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang peraduan mewarna bendera NBD dan peraduan tulisan cantik oleh murid Pra hingga Tahun 3 dan pemenang bagi pertandingan mencantum logo.



Pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para tetamu dan juga murid-murid keranan telah menjayakan acara pada kali ini.
Posted on by SR PSN PMY, Lorong 3, Seria | No comments