OUR SCHOOL

OUR SCHOOL
Sekolah Rendah Pengiran Setia Negara Pengiran Mohd Yusof, Seria
Contact number: 3226328

Email: srpsn_pmy@yahoo.com

Address:
Simpang 198-1, Lorong 3 Selatan Seria, KB 1333, Negara Brunei Darussalam


SCHOOL CALENDAR

javascript:void(0)

Tuesday 12 April 2011

Monday 11 April 2011

TAHNIAH KEPADA PASUKAN SEPAK TAKRAW

Alhamdulillah, pasukan sepak takraw sekolah tidak mengecewakan apabila berjaya merangkul tempat ke-3 dalam Perlawanan Sepak Takraw Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait pada Hari Sabtu 09hb April 2011 bertempat di Kompleks Sukan Mumong. Perlawanan ini adalah anjuran Bahagian Ko-Kurikulum Daerah Belait.

Tahniah diucapkan kepada pemain-pemain cilik ini.





Majulah sukan untuk negara dan juga untuk kesihatan kitani.
Posted on by SR PSN PMY, Lorong 3, Seria | No comments

Sunday 10 April 2011

KATA-KATA PERANGSANG

Sedikit kata-kata perangsang untuk dikongsi bersama...

"Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut."

"Setiap malam sebelum tidur, anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda dan menguatkannya dari hari ke hari."

"Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah."

"Tidak ketawa walaupun sehari amat merugikan."


Posted on by SR PSN PMY, Lorong 3, Seria | No comments

Monday 4 April 2011

PERLAWANAN BOLA JARING ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH BELAIT (SR SG TALI, LUMUT)

Tarikh : 04hb April 2011
Hari : Isnin
Jam : 2 petang
Bertempat : Assembly Point Sekolah Rendah Sungai Tali, Lumut.

Walaupun pasukan netball (bola jaring) sekolah telah ditewaskan oleh Sekolah Rendah Muhammad Alam, namun semangat kesukanan tetap ada pada diri mereka. Mereka tetap mencuba dan berusaha untuk menjaringkan gol namun nasib tidak menyebelahi pasukan sekolah.

Di awal perlawanan, mereka berjaya mendahului kutipan markah tetapi tewas pada saat-saat akhir, 5 jaringan berbalas 8, kepada pasukan lawan.










Main players of the school's netball team
  
Main players alongside their substitutes 
Posted on by SR PSN PMY, Lorong 3, Seria | No comments