OUR SCHOOL

OUR SCHOOL
Sekolah Rendah Pengiran Setia Negara Pengiran Mohd Yusof, Seria
Contact number: 3226328

Email: srpsn_pmy@yahoo.com

Address:
Simpang 198-1, Lorong 3 Selatan Seria, KB 1333, Negara Brunei Darussalam


SCHOOL CALENDAR

javascript:void(0)

Saturday 19 February 2011

Upacara Menaikkan Bendera dan Pengagihan Bendera Kecil

Pada 14 Februari yang lalu, acara besaran-besaran telah berlangsung di seluruh sekolah di Negara Brunei Darussalam bagi menyuntik semangat patriotik di kalangan murid-murid dengan mengadakan majlis menaikkan bendera kebangsaan sekaligus mendukung kempen "Hormati Negara Kita" bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-27 tahun.

Bagi memulakan acara pada hari tersebut, kesemua warga sekolah,  Guru Besar, Penolong Guru Besar, Guru-Guru dan murid-murid Pra hingga Tahun 6  berkumpul di kawasan perbarisan pagi.

Sebanyak 6 orang ahli daripada Pasukan Pengakap Tunas 3014 telah diberikan mandat oleh pihak sekolah untuk menaikkan bendera Kebangsaan dan diiringi dengan nyanyian lagu Kebangsaan "Allah Peliharakan Sultan" secara beramai-ramai diikuti dengan bacaan doa selamat oleh Cikgu Md Zakwan dan disusuli dengan sedikit ucapan daripada Guru Besar iaitu Cikgu Hjh Masnah Karia.

Selesai sahaja ucapan, beliau telah mengagihkan bendera-bendera kecil NBD kepada setiap guru kelas dan guru kelas akan menyerahkan bendera kecil tersebut kepada murid dan  seterusnya murid akan meletakkan bendera tersebut di atas meja mereka.

Dengan adanya upacara ini, pihak sekolah berharap dapat menyemai dan mengalakkan semangat patriotisme di kalangan murid-murid sekolah ini.

Ahli Pengakap Tunas membawa bendera Kebangsaan
Sebahagian daripada ahli Pengakap Tunas

(Kiri) Cikgu Zakwan membaca doa selamat. Cikgu Mizawati (PGB) & Cikgu Hjh Masnah (GB)

Murid-murid rendah bawah

Ahli Pengakap Tunas bersama guru pengawas bersemangat patriotik.
Tema Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini ialah "Negaraku Brunei Darussalam"
Posted on by SR PSN PMY, Lorong 3, Seria | No comments

0 comments:

Post a Comment