Sabtu, 19 Februari 2011. Berlangsungnya acara Sambutan Maulud Nabi peringkat sekolah dan sekaligus Meraikan Saudara Baru.
Sebagai memperingati junjungan besar kita terhadap Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W., kesemua guru-guru dan murid-murid Pra hingga Tahun 6 telah melakukan perarakan sekali pusing di hadapan sekolah. Selesai sahaja perarakan, guru-guru dan murid-murid terus beredar ke Dewan Intan.
 |
Murid-murid bersedia untuk perarakan |
 |
Pasukan Pengakap Tunas 3014 juga turut serta |
Acara pada pagi itu telah dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah oleh Ustaz Mohd Azami bin Mohd Nor diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Majlis, Ustazah Siti binti Hj Nawang, Ketua Guru Ugama SR PSN PMY.
 |
Ustazah Siti selaku pengerusi majlis memberikan ucapan |
Seterusnya pihak sekolah menjemput Iman Zulhilmi bin Jefry, Iman Masjid Pekan Seria, untuk menyampaikan ceramah beliau bersempena dengan Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW.
 |
Iman Zulhilmi |
Selesai sahaja ceramah beliau, majlis diteruskan dengan menjemput saudara-saudara baru yang diraikan untuk mengambil tempat dan seterusnya para hadirin dan hadirat dipersilakan untuk menabur bunga rampai kepada saudara-saudara baru yang diraikan dengan diiringi bacaan Dzikir oleh Kumpulan Muslimah Seria, Kuala Belait.
 |
Keluarga Awg Mohd Fakri; saudara baru yang diraikan |
Awg Mohd Fakri bin Abdullah ( Ketua keluarga )
Siti Ridwanah binti Abdullah ( isteri / ibu )
Abdul Rahman bin Mohd Fakri ( Murid Tahun 6C )
Mohd Hafizhan bin Mohd Fakri ( Murid Tahun 4B )
Mohd Hafiyyan bin Mohd Fakri ( Murid Tahun 2B )
Siti Naimah binti Mohd Fakri ( anak perempuan )
Siti Safarah binti Mohd Fakri ( anak perempuan )